Kulit Babi Suci setelah Disamak?
1. Para Fuqaha’ Bersepakat Bahwa Kulit Babi Tidak Akan Menjadi Suci Walaupun Disamak
2. Bahaya Tatabbu’ al-Rukhas (تتبع الرخص) (Memilih-milih Pandangan Yang Paling Ringan Dari Setiap Ulama’)
*Kalau ada kata ulama' Malikiyyah yg membenarkan pakai kulit babi, maka sesungguhnya dia telah melakukan fitnah yang sangat besar.
Ensiklopedia Fiqh menyebutkan (34/20):
وَوَجَّهَ الْمَالِكِيَّةُ قَوْلَهُمْ بِعَدَمِ طَهَارَةِ جِلْدِ الْخِنْزِيرِ بِالدِّبَاغِ بِأَنَّهُ لَيْسَ مَحَلًّا لِلتَّذْكِيَةِ إِجْمَاعًا فَلاَ تَعْمَل فِيهِ فَكَانَ مَيْتَةً فَلاَ يَطْهُرُ بِالدِّبَاغِ وَلاَ يَجُوزُ الاِنْتِفَاعُ بِهِ.
“Dan ulama’ Malikiyyah mentawjihkan pandangan mereka tentang ketidaksucian kulit babi walaupun disamak kerana ia (babi) bukanlah haiwan yang boleh disembelih secara ijma’, maka proses sembelihan tidak akan berkesan padanya, dan ia dihukum sebagai bangkai, dan ia tidak akan menjadi suci walaupun disamak, dan ia (kulit babi) tidak boleh dimanfaatkan.”
Keterangan ini menjelaskan PENIPUAN sebagian pihak bahwa kononnya KULIT BABI boleh dimanfaatkan di sisi Malikiyyah setelah disamak.
Pandangan yang janggal tentang kesucian kulit babi apabila disamak hanya diriwayatkan (ruwiya) dari Abu Yusuf al-Hanafi dan ‘Abd al-Mun’im Ibn al-Faras al-Maliki. Dan ia merupakan pandangan yang shadzdz (amat janggal dan ditinggalkan para fuqaha').
Golongan yang gemar mengambil pandangan shadzdz dalam agama hanya akan membawa fitnah kepada umat Islam