HPK

mesothelioma survival rates,structured settlement annuity companies,mesothelioma attorneys california,structured settlements annuities,structured settlement buyer,mesothelioma suit,mesothelioma claim,small business administration sba,structured settlement purchasers,wisconsin mesothelioma attorney,houston tx auto insurance,mesotheliama,mesothelioma lawyer virginia,seattle mesothelioma lawyer,selling my structured settlement,mesothelioma attorney illinois,selling annuity,mesothelioma trial attorney,injury lawyer houston tx,baltimore mesothelioma attorneys,mesothelioma care,mesothelioma lawyer texas,structered settlement,houston motorcycle accident lawyer,p0135 honda civic 2004,structured settlement investments,mesothelioma lawyer dallas,caraccidentlawyer,structured settlemen,houston mesothelioma attorney,structured settlement sell,new york mesothelioma law firm,cash out structured settlement,mesothelioma lawyer chicago,lawsuit mesothelioma,truck accident attorney los angeles,asbestos exposure lawyers,mesothelioma cases,emergency response plan ppt,support.peachtree.com,structured settlement quote,semi truck accident lawyers,auto accident attorney Torrance,mesothelioma lawyer asbestos cancer lawsuit,mesothelioma lawyers san diego,asbestos mesothelioma lawsuit,buying structured settlements,mesothelioma attorney assistance,tennessee mesothelioma lawyer,earthlink business internet,meso lawyer,tucson car accident attorney,accident attorney orange county,mesothelioma litigation,mesothelioma settlements amounts,mesothelioma law firms,new mexico mesothelioma lawyer,accident attorneys orange county,mesothelioma lawsuit,personal injury accident lawyer,purchase structured settlements,firm law mesothelioma,car accident lawyers los angeles,mesothelioma attorneys,structured settlement company,auto accident lawyer san francisco,mesotheolima,los angeles motorcycle accident lawyer,mesothelioma attorney florida,broward county dui lawyer,state of california car insurance,selling a structured settlement,best accident attorneys,accident attorney san bernardino,mesothelioma ct,hughes net business,california motorcycle accident lawyer,mesothelioma help,washington mesothelioma attorney,best mesothelioma lawyers,diagnosed with mesothelioma,motorcycle accident attorney chicago,structured settlement need cash now,mesothelioma settlement amounts,motorcycle accident attorney sacramento,alcohol rehab center in florida,fast cash for house,car accident lawyer michigan,maritime lawyer houston,mesothelioma personal injury lawyers,personal injury attorney ocala fl,business voice mail service,california mesothelioma attorney,offshore accident lawyer,buy structured settlements,philadelphia mesothelioma lawyer,selling structured settlement,workplace accident attorney,illinois mesothelioma lawyer
Pertanyaan

Awas Buku Akidah Imam Syafi'i Palsu

Jawaban:

 AKIDAH ASY-SYAFI'I YANG DIPALSUKAN

Kantoi! Kononnya al-Imam asy-Syafi’I berguru dengan budak 3 tahun!


Sikap athari/salafi/wahabi yang kononnya menjunjung sanad dan kesahihan fakta jelas satu penipuan yang penuh hipokrasi dan manipulasi


Hakikatnya mereka tidak lebih dari sekadar penunggang buta yang bersikap shamelessly idiotic and fanatic dan ini jelas terbukti apabila kita melihat sebuah risalah kecil lagi terpinggir yang didakwa sebagai Akidah asy-Syafi’i – dengan tahqiq Dr Tariq al-Qahtani pada tahun 2022. 


Kita dah lama baca dan kaji risalah ini dan akhirnya hanya mampu tersenyum melihatkan isi kandungan yang meragukan dan kualiti tahqiq yang amatur dan penuh takalluf, menjadikan kita lebih yakin bahawa risalah ini bukan daripada asy-Syafi’i bahkan ia direkayasa agar sebahagian pengikut ghulat hanabilah dapat menumpang semangkok kemasyhuran dan kehebatan al-Imam asy-Syafi’i dalam usaha mereka mempromosi akidah mereka. Nothing less, nothing more.


Hasil bacaan dan pemerhatian saya terhadap teks asal berbahasa Arab (maklumlah syarikat penerbitan yang menterjemah risalah ini sangat masyhur dengan mutu terjemahan yang rendah), berjudul معتقد الإمام أبي عبد الله محمد بن إدريس الشافعي dilampirkan beberapa nota ringkas sebagai bukti kebatilan nisbah risalah ini terhadap asy-Syafi’i;


PERTAMA: Sanad meragukan yang sama - Asy-Syafi'i > Yunus bin Abdil A'la > Ibn Abi Hatim


It’s nothing new. Sanad risalah ini merupakan sanad yang dikritik para ulama dan ahli hadith, madar sanad risalah ini hanya seorang saja dalam seluruh dunia: Muhammad bin Ali al-Usyari. Seorang tokoh bernama al-Hakkari dikiritik hebat kerana meriwayatkan akidah asy-Syafi’i dari jalur yang sama madarnya dengan jalur al-Usyari ini: semuanya akan bersambung kepada Ibn Abi Hatim, kepada Yunus dan seterusnya al-Imam. Manakala al-Yasufi hanya menurut jejak langkah al-Hakkari saja. Bagaimana pula jalur al-Usyari menjadi penguat kepada jalur al-Hakkari…alahai labu. Apatah lagi terdapat perbezaan besar dalam matan akidah yang mereka berdua riwayatkan. This is so basic dan dah ramai yang telah menulis mengenainya. Boleh cari dan  baca sendiri. 


KEDUA: Matan yang tidak tersebar dalam kalangan murid asy-Syafi’i dan pengikutnya yang Mutaqaddimin


Risalah ini didakwa diriwayatkan daripada asy-Syafi’i daripada muridnya bernama Yunus bin Abdil A’la, ini sewaktu asy-Syafi’i menetap di Mesir i.e di penghujung hidup beliau. 


Di Mesir, asy-Syafi’i mempunyai sekian ramai murid-murid yang rapat dengan beliau seperti ar-Rabi’ bin Sulaiman, al-Buwaiti, Ibn Abdil Hakam dan lain-lain. 


Yang anehnya hanya Yunus saja yang meriwayatkannya? Jika asy-Syafi’i mengucapkan sesuatu yang amat penting dan kritikal seperti hal ehwal akidah (seperti terkandung dalam risalah) pasti murid-murid utama beliau akan meriwayatkannya.


Masakan tidak, murid-murid asy-Syafi’i meriwayatkan kata-kata beliau dalam pelbagai masalah: daripada bab Tafsir al-Quran, syarah Hadith, nasab-nasab Arab, fawaed lughah, khilaf Malik dan Abu Hanifah, jarh wa ta’dil, ilal hadith, akhlak dan adab, dan banyak lagi. 


Bahkan mereka menghafaz kata-kata asy-Syafi’i yang menerangkan nama-nama unta mengikut tumbesarannya: daripada Ruba’/Ruba’ah ke Fasil/Fasilah ke Ibn Makhadh/Bint Makhadh ke Ibn Labun/Bint Labun ke seterusnya. Bila unta sudah matang  dinamakan ‘Aud/’Audah, dan bila unta sangat tua, dinamakan Qahm bagi jantan, dan betina dipanggil Nab atau Sharif. 


Ini diriwayatkan secara bersanad oleh Ibn Abi Hatim daripada Abu Hatim daripada Harmalah daripada asy-Syafi’i…jika nama-nama unta pun mereka pelihara daripada asy-Syaf’i, maka apatah lagi akidahnya. 


Namun Ibn Abi Hatim jelas tidak ada kena mengena dengan risalah akidah yang mereka tahqiq dan terjemah itu. Merujuk dakwaan yang mengatakan  Ibn Abi Hatim meriwayatkan akidah ini daripada Yunus bin Abdil A’la… Ibn Abi Hatim sendiri mengarang sebuah kitab berjudul Adab asy-Syafi’i wa Manaqibuh – mengandungi sejumlah ratusan riwayat mengenai asy-Syafi’i, dan daripada asy-Syafi’i, dan surprise surprise: matan so called akidah asy-Syafi’i ini tidak wujud dalam kandungannya!


Mereka dakwa Ibn Abi Hatim ambil daripada Yunus, dan Yunus ambil daripada asy-Syafi’i…sedangkan Ibn Abi Hatim dalam karyanya yang khusus mengenai asy-Syafi’i, sepatah haram tidak memasukkannya! 


Justeru pembaca yang bijak akan segera mengecam unsur batil dan palsu pada risalah akidah asy-Syafi’i yang ditahqiq Dr Tariq al-Qahtani dan kini diterjemah oleh budak-budak melayu losers yang entah sapa. 


KETIGA: Yang pertama meriwayatkan / mentakhrij riwayat ini dalam penulisan bertadwin ialah – guess what – seorang Hanbali bernama Ibn Abi Ya’la dalam Tabaqat al-Hanabilah pada abad ke-6 hijriah


Lebih misterius lagi, bila individu terawal yang memasukkan riwayat ini dalam bentuk penulisan…merupakan seorang pengikut hanbali bernama Ibn Abi Ya’la, dalam kitabnya berjudul Tabaqat al-Hanabilah, beliau wafat 526 hijriah. 


Jadi adakah antara tahun wafat asy-Syafi’i pada 204 hijriah hingga tahun wafat Ibn Abi Ya’la pada 526 hijriah…tidak ada seorang pun pemuka mazhab Syafi’i di planet Bumi yang meriwayatkan dan menyebarkan risalah akidah imam mereka sendiri?


Yakni sepanjang 322 tahun itu semua aimmah Syafi’iyyah lupa dan cuai mengenai akidah pengasas mazhab yang mereka anuti…dan nasib baiklah ada sorang hanbali Ibn Abi Ya’la yang memeliharanya? 


Siapakah si bebal yang percaya dan termakan dakwaan sebegini kahkah!


KEEMPAT: Penulisan yang amatur dan meragukan; terdapat dua matan akidah yang berlainan matan dalam manuskrip tunggal yang ditahqiq oleh Dr Tariq al-Qahtani


Dr Tariq selaku muhaqqiq sendiri terpaksa mengakui masalah pada isu dwi-matan akidah yang mengelirukan para pembaca. Kedua-duanya dimulai dengan tabwib tersendiri, yang pertama (dengan matan lebih pendek) mengandungi sanad hingga al-Yasufi. Teks bermula seperti berikut:


لله أسما وصفات جاء بها كتابه ... الخ


Manakala matan kedua lebih panjang berjela, tanpa apa-apa sanad, dan dipisahkan daripada matan pertama dengan tabwib berbeza. Ia bermula begini:


لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة


Kedua-duanya dimulai dengan بسم الله الرحمن الرحيم


Matan pertama dimulakan dengan tabwib معتقد الإمام أبي عبد الله محمد بن إدريس


Manakala matan kedua ditabwib dengan باب صفة اعتقاد السنة تأليف الإمام الشافعي


Adakah ini corak penulisan imam besar seperti asy-Syafi’i atau anak muridnya Yunus bin Abdil A’la, atau hatta Ibn Abi Hatim? Atau ia sekadar coretan sang amatur yang jahil tentang seni imla’ dan tasnif? You tell me.


KELIMA: Perbezaan besar dua matan akidah asy-Syafi’i dalam manuskrip


Masalahnya bukan sekadar risalah itu mengandungi dua matan akidah asy-Syafi’i, didapati terdapat perbezaan besar dalam makna dan kandungannya. 


Yang pertama disambungkan dengan sanad, lebih ringkas dan dinukil oleh beberapa tokoh Hanabilah dalam karya mereka. 


Manakala matan kedua pula panjangnya berganda-ganda matan pertama, tiada sanad yang cuba disambungkan padanya, dan tidak ada nukilan oleh sesiapa dari saat wafatnya asy-Syafi’i hingga sekarang. Matan kedua juga punyai banyak masalah dan musykilah, yang akan disebut selepas ini.


So which is which? Mana satu akidah yang sahih daripada asy-Syafi’i, adakah salah satu atau kedua-duanya? Atau kedua-duanya batil juga?


KEENAM: Banyak hadith ma’lul dan maudhu’ yang dijadikan hujah akidah dalam risalah ini, hingga Dr Tariq al-Qahtani terpaksa mengakuinya


Antara bukti yang menjadi klu penting betapa risalah ini dipalsukan atas nama asy-Syafi’i ialah banyaknya hadith ma’lul dan maudhu’ yang ditampilkan sebagai hujah akidah, jauh sekali dengan reputasi asy-Syafi’i selaku jaguh ilmu hadith dan pakar ‘ilalnya. 


Isu ini juga menggusarkan Dr Tariq al-Qahtani selaku muhaqqiq namun beliau tidak memberikan apa-apa solusi terhadap masalah tersebut. Yang penting: ithbat dulu risalah ini kepada asy-Syafi’i, apabenda ma’lul maudhu’ ni belakang kira…agaknyalah. 


Rujuk mukasurat 46: المآخذ على الكتاب


KETUJUH: Risalah yang didakwa dikarang oleh asy-Syafi’i ini mengandungi nukilan daripada Ibn Abi Hatim


Musibah bertambah-tambah apabila risalah ini mengandungi nukilan daripada Ibn Abi Hatim sendiri, seolah-olah asy-Syaf’i meriwayatkan daripada Ibn Abi Hatim, wicis impossible:


وعن عبد الرحمن بن أبي حاتم عن الربيع بن سليمان عن الشافعي يقول

 وقال لفظي بالقرآن أو قال لفظتي بالقرآن كلها


Kenyataan ini dimasukkan Dr Tariq al-Qahtani sebagai nas atau teks akidah asy-Syafi’i dan ini merupakan satu kesilapan fatal yang tak seharusnya berlaku. Beliau mendiamkan diri dan tidak mengulas bagaimana sepatutnya pembaca berta’amul dengan teks di atas. Beliau lebih berminat mengulas tentang lafaz al-Quran. Rujuk mukasurat 76 terbitan yang sama.


Bukankah sanad risalah ini: Ibn Abi Hatim daripada Yunus daripada asy-Syafi’i?? Celah mana pulak asy-Syafi’i meriwayatkan dari Ibn Abi Hatim kata-kata beliau sendiri? 


Kalau bukan kata-kata asy-Syafi’i, mengapa muhaqqiq berdegil memasukkannya tanpa apa-apa tanbih pada notakaki? Ajib.


Kalau ia merupakan campurtangan nasikh/penyalin risalah, nasikh yang mana satu? Adakah al-Yasufi sendiri? Atau al-Usyari yang memandai-mandai? Atau hantu pocong hanbali yang tak bernama? 


Jadi bagaimana mereka tergamak menjual risalah dengan kandungan yang penuh masalah ini? Siapa pula yang ingin membeli risalah yang ada kesilapan-kesilapan bodoh macam ni? 


Tetapi yang lebih musykil sebenarnya ialah matannya;


وقال لفظي بالقرآن أو قال لفظتي بالقرآن كلها


Yakni asy-Syafi’i mengatakan: “Lafaz aku ini dengan Quran,” atau “Seluruh lafaz aku merupakan Quran semuanya.”


Ia bukan saja tidak pernah diriwayatkan sebegitu daripada asy-Syafi’i, bahkan meninggalkan pambaca dengan kekeliruan demi kekeliruan – apakah maksudnya lafaz aku merupakan Quran semuanya? Tiada riwayat sebegitu yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dalam kitabnya Adab asy-Syafi’i wa Manaqibuh, bahkan tiada sesiapa pun yang meriwayatkannya dengan lafaz tersebut.


Inilah yang dialami sendiri oleh muhaqqiq Dr Tariq al-Qahtani hingga beliau memberi komentar: الكلام ناقص وغير مفهوم - Kata-kata ini tidak lengkap dan tak dapat difahami…atas sebab berlaku saqt dan sebagainya. 


Di sini pembaca akan merasa lebih ragu dengan manhaj tahqiq Dr Tariq, kerana perbuatan mengilhaq teks tambahan yang mendatang sebegini kepada musannif tanpa apa-apa tanbih merupakan satu aib dan kepincangan tahap amatur. 


KELAPAN: Akidah ganjil yang mengatakan bacaan al-Quran yang dibaca, ditulis, didengari semuanya Bukan Makhluk, semuanya Kalam Allah


Lebih membingungkan, risalah yang salah ini mendakwa bahawa bacaan al-Quran dalam bentuk suara, tulisan tangan dan bunyi yang sampai ke telinga semuanya bukan makhluk, tetapi Kalam Allah yang azali. 


Teks daripada risalah;


فمن السنة أن يعتقد في القلب أن القرآن كلام الله غير مخلوق مقروءا ومحفوظا ومكتوبا ومسموعا ومتلوا وأنه لا فرق بين القراءة والمقروء والتلاوة والمتلو والقول والمقول


Padahal boleh saja berlaku kesilapan dalam bacaan Quran, kesalahan dalam tulisan al-Quran, hafazan yang hilang akibat lupa, pendengaran yang silap bila Quran dibacakan…semuanya merupakan perbuatan manusia, makhluk dan bukan Kalam Allah yang azali. 


Al-Imam al-Bukhari dalam Khlaq Af’al al-‘Ibad berkali-kali membezakan al-Qira’ah dan al-Maqru’, at-Tilawah dan al-Matluw sebagaimana pegangan Salaf Saleh turun temurun tanpa khilaf;


وَقَدْ كَتَبَ النَّبِيُّ كِتَابًا فِيهِ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، وَقَرَأَهُ تُرْجُمَانُ قَيْصَرَ عَلَى قَيْصَرَ وَأَصْحَابِهِ، لَا شَكَّ فِي قِرَاءَةِ الْكُفَّارِ وَأَهْلِ الْكِتَابِ أَنَّهَا أَعْمَالَهُمْ، وَأَمَّا الْمَقْرُوءُ فَهُوَ كَلَامُ الْعَزِيزِ الْمَنَّانِ لَيْسَ بِمَخْلُوقٍ


قَالَ الإِمَامُ أَبُو عَبْدِ اللهِ رَحْمَةُ اللهِ عَلَيْهِ فَإِنِ احْتَجَّ مُحْتَجٌّ فَقَالَ قَدْ رُوِيَ أَنَّ فَضْلَ كَلَامِ اللهِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ كَفَضْلِ اللهِ عَلَى خَلْقِهِ... قِيلَ لَهُ لَوْ صَحَّ هَذَا الْخَبَرُ لَمْ يَكُنْ لَكَ فِيهِ حُجَّةٌ، لأَنَّهُ قَالَ كَلَامُ اللهِ وَلَمْ يَقُلْ قَوْلُ الْعِبَادِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُنَافِقينَ وَأَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَقْرَؤُونَ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَهَذَا وَاضِحٌ بَيْنَ عِنْدِ مَنْ كَانَ عِنْدَهُ أَدْنَى مَعْرِفَةٌ أَنَّ الْقِرَاءَةَ غَيْرُ الْمَقْرُوءِ


وَلَيْسَ لأَحَدٍ أَنْ يَشْرَعَ فِي أَمْرِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَمَا زَعَمَ بَعْضُهُمْ أَنَّ الْقُرْآنَ بِأَلْفَاظِنَا وَأَلْفَاظُنَا بِهِ شَيْءٌ وَاحِدٌ وَالتِّلَاوَةُ هِيَ الْمَتْلُوُّ وَالْقِرَاءَةُ هِيَ الْمَقْرُوءُ فَقِيلَ لَهُ إِنَّ التِّلَاوَةَ فِعْلُ التَّالِي وَعَمَلُ الْقَارِئِ


قَالَ النَّبِيُّ لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فأفصح أَنَّ قِرَاءَةَ الْقَارِئِ وَتِلَاوتَهُ هما غَيْر الْمَقْرُوءِ وَالْمَتْلُوِّ وَإِنَّمَا الْمَتْلُوَّ فَاتِحَةُ الْكِتَابِ وَلَا اخْتِلَافَ فِيهِ بَيْنَ أَهْلِ الْعِلْمِ فَإِنْ لَمْ يَعْلَمَ هَذَا الْمُعْتَرِضُ اللُّغَةَ فلْيَسأَلْ أَهْلَ الْعِلْمِ مِنْ أَصْنَافِ النَّاسِ


Qira’atul Quran merupakan perbuatan hamba/makhluk manakala Quran yang dibaca itu Kalam Allah, dan menurut al-Bukhari ia merupakan kesepakatan seluruh ahli ilmu وَلَا اخْتِلَافَ فِيهِ بَيْنَ أَهْلِ الْعِلْمِ, dan sesiapa yang tidak faham bahasa Arab perlu bertanya pada pakarnya فَإِنْ لَمْ يَعْلَمَ هَذَا الْمُعْتَرِضُ اللُّغَةَ فلْيَسأَلْ أَهْلَ الْعِلْمِ مِنْ أَصْنَافِ النَّاسِ. Kena sebijik.


Dan sifat asy-Syafi’I selaku pakar dan hujjah dalam Lughah memustahilkan beliau menerima bahawa Tilawah dan Matluw tu sama tanpa beza. 


KESEMBILAN: Hadith palsu riwayat Muadz bin Jabal


Risalah ini juga menzahirkan ciri utama ghulat Hanabilah tatkala berhujah dalam bab sifat Kalam iaitu tergamak berhujah dengan hadith palsu sekaligus mengingkari larangan dusta atas nama Rasulullah.


Rujuk mukasurat 80, bagaimana hadith marfu’ yang palsu riwayat Muadz bin Jabal:


السبع ومن فيهن ...  كل ذلك مخلوق ما خلا القرأن فإنه كلام الله  


Hanya semata-mata riwayat ini mengandungi makna yang menyokong akidah mereka كل ذلك مخلوق ما خلا القرأن فإنه كلام الله, ghulat Hanabilah tidak segan silu berhujah dengannya. Kita pun naik bosan dengan sikap begini. Ini merupakan riwayat Abu Daud; Sulaiman bin ‘Amr an-Nakha’i salah seorang rawi kazzab dan pemalsu hadith. As-Suyuti memasukkan riwayat ini dalam al-La’ali’ al-Masnu’ah. Muhaqqiq juga menyebut perkara yang sama namun beliau tampaknya langsung tidak menganggap isu ini suatu masalah besar.


Kewujudannya dalam risalah seolah-olah mengisyaratkan bahawa asy-Syafi’i ada meriwayatkan hadith palsu tersebut. Adakah ini style al-Imam asy-Syafi’i bila menulis dan berhujah? Lebih-lebih lagi bila menyentuh akidah? 


Di mana hero-hero salafi wahabi yang cukup anti hadith maudhu’… adakah sekarang dah jadi penelan ludah sendiri? 


KESEPULUH: Qadariyah adalah majusi umat ini


Pada mukasurat 84, tertera satu hadith marfu’ bahawa Qadariyah merupakan majusi umat ini. Lafaz tersebut tidak sahih secara marfu’, sebaliknya mauquf Ibn Umar saja. 


Juga, ia berlawanan dengan amalan asy-Syafi’i sendiri yang tidak menghukum semua qadari sebagai kafir bak majusi. Buktinya beliau banyak meriwayatkan daripada Ibrahim bin Abi Yahya yang diiktiraf oleh asy-Syafi’i sendiri sebagai tokoh Qadariyah. Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa asy-Syafi’i mengatakan: كان قدريا


Sekali lagi, isi kandungan risalah ini menimbulkan sekian banyak kontradiksi yang meletihkan pembaca, unnecessarily. 


KESEBELAS: Kononnya asy-Syafi’i menukil kata-kata Sahl bin Abdillah at-Tustari yang berumur 3 atau 2 tahun pada tahun asy-Syafi’i wafat


Paling lawak ialah bagaimana risalah ini menunjukkan bahawa al-Imam asy-Syafi’i menukil kata-kata Sahl a-Tustari yang berbunyi:


وقال سهل بن عبد الله

تعالى الله أن يأمر بالفحشاء وجل أن يكون في ملكه ما لا يشاء


Sahl berkata, “Maha suci Allah daripada menyuruh hambanya melakukan kejahatan, maha suci Allah daripada wujudnya sesuatu yang Dia tidak kehendaki dalam kekuasaanNya.”


Mana-mana penuntut ilmu asas hadith dengan mudah dapat menyemak bahawa al-Imam asy-Syafi’i lahir pada 150 hijriah dan wafat pada 204 hijriah.


Manakala Sahl at-Tustari wafat ada 283 hijriah pada usia 80 tahun atau lebih menurut adz-Dzahabi dan lain-lain;


قيل توفي سهل بن عبد الله في سنة ثلاث وسبعين وليس بشيء بل الصواب موته في المحرم سنة ثلاث وثمانين ومائتين ويقال عاش ثمانين سنة أو أكثر


Justeru Sahl dianggap anak kelahiran tahun 203 atau 202 hijriah.


Pada tahun kewafatan asy-Syafi’i, paling-paling usia Sahl ni 3 atau 2 tahun. 


Jadi di mana logiknya bila imam mujtahid mutlaq sehebat asy-Syafi’i datang berguru dengan Sahl yang berusia 3 atau 2 tahun dan meriwayatkan kata-kata hikmahnya pula? Ya salammm…! Kantoi busuk! 


Macam mana seorang kanak-kanak kecil boleh berbicara perkara yang serius sedemikian lalu mendapat murid sehebat asy-Syafi’i?? Di mana kitab rijal dan tarajim yang mengatakan asy-Syafi’i meriwayatkan daripada Sahl?? – la haula wala quwwata illa billah.


Adakah ini satu projek pembodohan yang ditaja puak ghulat Hanabilah yang tak reti mengira? Si gila mana pulak yang nak percaya bahawa asy-Syafi’i merupakan murid kepada 3 year-old Sahl at-Tustari? Adoi fail! 


Plus, wujudkah sumber lain yang menukil kata-kata Sahl tersebut, selain risalah yang salah ini? Kalau jumpa, tolong share. 


Yang lebih mendukacitakan, muhaqqiq masih berdegil dan tidak mengendahkan kemasukan qaul Sahl at-Tustari - yang tak pernah berjumpa asy-Syafi’i sekali pun dalam hidupnya – hingga pembaca boleh terkeliru bahawa ia benar-benar kalam asy-Syafi’i!


Allah alaik ya Qahtani ya dukturrr…apa punya teruk dan miskin tahqiq yang anda lakukan! Inikah kualiti kerja Profesor pemegang PhD?! 


Jika ingin menyalahkan nasikh atau rawi (as usual), maka katakanlah dengan jelas dalam nota kaki, sekurang-kurangnya peliharalah maruah selaku pengajar dan pengkaji hadith. Apakah sudah terlalu terdesak, terlalu cuai atau terlalu malas? 


Semua orang tau…menyalahkan nasikh dan rawi ini memang jalan mudah berbanding mengkaji kesahihan nisbah. 


Yang kelakar tu Dr Tariq bila menyentuh perihal Sahl, beliau mengatakan:


ينسب له الصوقية كلاما لا إسناد له


 “Kaum Sufiyyah menisbahkan suatu kata-kata kepada Sahl yang tidak mempunyai sanad.” 


Lol apakah beliau tidak sedar bahawa beliau juga melakukan kesalahan yang sama – menisbahkan kata-kata yang tidak ada isnad kepada Sahl? Tapi nak kutuk orang sufi punya pasal…hantam sajalah. 


Kalau matan sudah bercampur baur sebegini, bagaimana anda menyaring – mana satu kata-kata asy-Syafi’i yang asli, mana pula kata-kata orang lain? Inikah riwayat akidah yang kamu ingin jadikan ikutan umat?


KEDUABELAS: Kononnya asy-Syafi’i mengithbatkan as-Sirat dengan hadith ma’lul yang sangat dhaif di sisi ahli hadith


Nota terakhir: bagaimana batilnya penisbahan risalah akidah ini kepada asy-Syafi’i ialah pada bab as-Sirat. Rujuk mukasurat 94 dan lihat bagaimana lemahnya istidlal penulis risalah dalam akidah dan hadith tatkala sebuah hadith ma’lul sebagai dalil untuk mengithbat wujudnya as-Sirat (jambatan di hari kiamat)… walhal dalil-dalil yang lebih sahih banyak lagi;


يا أهل الجمع نكسوا رؤوسكم وغضوا أبصاركم حتى تمر فاطمة بنت رسول الله على الصراط


Yakni kononnya manusia di hari akhirat akan diperintahkan untuk menundukkan kepada dan mengalihkan pandangan hingga sayyidatuna Fatimah bint Rasulillah selesai melintasi titian Sirat. 


Allah…adakah ini riwayat yang wajar dijadikan dalil dalam isu akidah??


Hanya semata-mata riwayat itu mengandungi kalimah as-Sirat…lalu ia diterima sebagai dalil akidah meskipun statusnya ma’lul dari segenap jalur periwayatan? Walhal dalil-dalil tentang titian Sirat thabit dalam Quran dan hadith sahih. This is so hanbali u guys!


Bukankah ayat Quran dalam surah Maryam وَإِنْ مِنكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا berbicara tentang titian yang akan dilalui oleh muslim dan kafir? Juga hadith sahih يُؤتى بالجِسرِ فيُجعَلُ بينَ ظَهْرَي جَهَنَّمَ yang menyebut tentang titian di hari akhirat? 


Adakah asy-Syafi’i terlalu jahil dan terdesak hingga mengabaikan dalil-dalil yang sahih dan mutawatir, dan berpada dengan riwayat bermutu rendah ini?


Muhaqqiq sendiri menyebut bahawa ad-Daraqutni menghukum riwayat ini ma’lul dengan sebab al-Abbas bin al-Walid, seorang rawi kazzab. Jalur lain mengandungi rawi dhaif, ada jalur yang mengandungi rawi syiah…teruk weh! Namun muhaqqiq masih degil nak kata ini kalam asy-Syafi’i. 


Adakah begini keilmuan asy-Syafi’i yang sebenar? The same asy-Syafi’i yang mengarang al-Umm, ar-Risalah, as-Sunan dan lain-lain kitab hebat…jatuh ke tahap amatur tahap gaban begini? 


Sampai bila ghulat hanabilah hendak menjadi bengap bebal? Adakah sampai ke tahap mengambil riwayat sampah menjadi akidah?


Malah berbangga pula menterjemahkannya? Menyebarkan kepalsuan atas nama Salaf lalu memakan pula hasil jualannya?


Kalau kamu ingin terus menjual dan membeli, silakan. Cuma jangan sampai di padang Mahsyar kelak kamu diam tercengang apabila disoal Allah sw.t. 


Kawan-kawan boleh lihat sendiri, bagaimana puak yang berbangga dengan akidah bersanad, sebenarnya tidak peduli pun kualiti sanad akidah tersebut. 


Yang konon menjunjung nama Salaf, sebenarnya memperguna dan menunggang dengan penuh hipokrasi dan manipulasi. 


Asal ada sanad, jadilah! Biarlah ma’lul dan palsu, asalkan ada! Paling kurang pun jadi Penglipurlara Bersanad muahaha! 


Biar busuk palsu, asalkan bersanaddddd lollzzz.


Kelasss gitu. 


Untuk ghulat hanabilah, salafi wahabi jenih taqlid buta, anti akal…silalah beli risalah akidah bersanad imam syafi’i tu, baca hari-hari dan jadikan wirid. Imam Syafi’i guna hadith palsu? Its okay. Imam Syafi’i riwayat daripada Ibn Abi Hatim? No problem. Imam Syafi’i berguru dengan Sahl at-Tustari yang masih budak 3 tahun? Normal. Imam Syafi’i kata tulisan tangan al-Quran bukan makhluk? Ehh possible. 


Telanlah puas-puas sampai kenyang, sampai hilang akal tu.


Para aimmah mazhab Syafi’i yang menghabiskan umur mereka mengkaji dan berkhidmat kepada imam mereka, tiada seorang pun yang peduli dengan risalah ini. 


Para ulama yang menulis manaqib asy-Syafi’i seperti Ibn Abi Hatim, al-Baihaqi, dan ramai lagi juga turut mengabaikannya.


Tiba-tiba ia muncul dalam tabaqat hanabilah, dipopularkan oleh yang semazhab dengan mereka. Ermmm omputih kata fishy, busuk! 


Kalau tengok video majlis sama’ risalah ini yang diselia oleh Dr Tariq al-Qahtani di YT, tidak ada usaha tuntas dari pihak beliau untuk menjawab isykal yang menimbun – beliau berkeras untuk menjadikan seluruh teks sebagai teks tunggal, tidak dipisahkan walaupun kita tau ada tambahan yang mustahil diucapkan oleh asy-Syafi’i.  Sikit-sikit dia salahkan tasarruf nasikh. Itu jelah. هداه الله


Jika begini sikap si muhaqqiq, apatah lagi sikap budak-budak yang bertaqlid buta padanya. Yakinkah anda yang mereka akan menjawab dengan ilmiah dan jujur...atau sekadar main screenshot dan ghibah sesama mereka? 


Dalam muqaddimah tahqiq pun beliau pun jelas disebut risalah ini الأمر الأول ialah membatalkan sangkaan bahawa Asya’erah bersepakat dengan asy-Syafi’i…mungkin inilah salah satu tujuan utama Dr Tariq melakukan tahqiq;


الأمر الأول أنه يبطل مزاعم من يقول إن المتكلمين - كالأشاعرة - موافقون للإمام الشافعي والحقيقة أن بينهم اختلافا في الأصول والمنهج وطريقة الاستدلال


Sekadar nak kata para Asyaerah sebenarnya tak ikut usul dan akidah asy-Syafi’i…what else, kan? 


Dr Tariq juga sebut: antara bukti risalah ini sahih daripada asy-Syafi’i ialah isi kandungannya selari dengan isi kitab karangan murid beliau al-Muzani i.e Syarh as-Sunnah.


Walhal Syarh as-Sunnah diriwayatkan oleh para majahil dan tidak pernah masyhur sebagai karangan warisan al-Muzani. Semua sanad kitab Syarh as-Sunnah madarnya seorang lelaki majhul bernama Ali bin Abdillah al-Hilwani. Dalam sanad lain, ada rawi majhul lain bernama al-Hasan bin Ali al-Yazuri. Bahkan dalam satu sanad ada 3 rawi majhul berturutan: Abu Muhammad al-Hilyani, ayahnya dan Abdul Karim bin Muadz. Ini sanad Syarh as-Sunnah yang cuba dinisbahkan kepada al-Muzani.


Bandingkan pula sanad periwayatan kitab al-Mukhtasar karya al-Muzani yang masyhur serata dunia. 


Punyalah ramai murid-murid al-Muzani yang meriwayatkan al-Mukhtasar hingga seorang ulama Syam bernama Hibatullah bin Ahmad al-Akfani menulis sebuah risalah khas mengenai nama-nama mereka yang berjumlah 26 orang kesemuanya. 


Ya, 26 murid-murid al-Muzani telah dapat dikenal pasti sebagai periwayat kitab al-Mukhtasar. Kesemua identiti mereka dapat dikenalpasti melainkan satu atau dua nama. Mereka merupakan para fuqaha, muhaddithin, ahli lughah yang berstatus Thiqah, Saduq, dan ada satu dua yang Dhaif. 


Demikian sanad periwayatan kitab yang sahih dan masyhur daripada pengarangnya. Kalau pun berlaku tafarrud pada tabaqah murid, sepatutnya sanad kitab yang tulen akan tersebar pada tabaqah seterusnya. 


Bandingkan pula keadaan sanad risalah akidah asy-Syafi’i dan Syarh as-Sunnah…jauh bak langit dan bumi. Tafarrud berlaku daripada dalam 3 tabaqah berturutan; Yunus, Ibn Abi Hatim dan Ibn Mardak. Ini satu kemustahilan bila melibatkan karya akidah tokoh sehebat asy-Syafi’i. Tiada yang menerima keabsahan risalah palsu ini melainkan si jahil ahmaq. 


رب قد بلغت فاشهد

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/PU738BnaXgNvjfiD/?mibextid=xfxF2i

Aqidah (70) Arbain (8) Distribusi (1) Fiqih (134) Hadist (35) Jenazah (4) Khotbah (3) Kisah Hikmah (20) Kisah Teladan (6) Kutipan (307) Pajak (5) Pasar (5) Pendidikan Islam (19) Penjualan (3) Pernikahan (7) Puasa (14) Qurban (1) Ramadhan (11) Segmentasi (1) Shalat (19) Soal Ekonomi (8) Soal PKn (5) Syubhat (5) Tafsir (5) Thaharah (1) Uraian (2) Zakat (1)