Berdzikir antara Shalat Tarawih itu Amalan Salaf
Di antara dua solat sunat itu dengan berzikir, berselawat, berdoa, bertawaf, semuanya diisi yang semestinya dengan ibadah mahdah BUKAN rehat-rehat, berborak-borak, urut kaki, tengok mesej ikut suka.
قال الكاساني: ومنها: أن الإمام كلما صلى ترويحة قعد بين الترويحتين قدر ترويحة يسبح ويهلل ويكبر، ويصلي على النبي صلى الله عليه وسلم، ويدعو. وينتظر أيضاً بعد الخامسة قدر ترويحة، لأنه متوارث من السلف.
(البدائع 1/291:)
Kasani berkata, “di antaranya, bahawa imam setiap kali terawih duduk di antara dua terawih dengan tempoh satu terawih iaitu bertasbih, bertahlil, bertakbir, berselawat kepada nabi ﷺ dan berdoa. dan juga ia menunggu selepas (terawih) yang kelima dengan tempoh satu terawih, kerana ia diwarisi daripada salaf”.
قال الإمام السرخسي: الفصل الرابع في الانتظار بعد كل ترويحتين: وهو مستحب هكذا روي عن أبي حنيفة رحمه الله تعالى، لأنها إنما سميت بهذا الاسم لمعنى الاستراحة، وأنها مأخوذة عن السلف وأهل الحرمين فإن أهل مكة يطوفون سبعاً بين كل ترويحتين كما حكينا عن مالك رحمه الله تعالى، وقال: والصحيح هو الانتظار والاستراحة بين كل ترويحتين على ما حكينا.
(المبسوط 2/146)
Al-Sarakhsi berkata, “fasal ke-4, pada menunggu selepas setiap dua terawih, perkara itu sunat; begitulah riwayat daripada Abu Hanifah rahimahullah, kerana ia semata dinamakan nama ini kerana makna istirahat tersebut. Perkara ini diambil daripada salafussoleh dan penduduk Haramain (Mekah Medina), kerana orang Mekah bertawaf 7 kali di antara setiap dua terawih, seperti kana yang kami riwayatkan daripada Malik rahimahullah. Dia berkata, dan yang sahih ialah menunggu dan istirahat di antara setiap dua terawih seperti yang kami riwayatkan”.
Diriwayatkan, bahawa terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat pada zaman Khalifah Omar radhiyallah anhu, kemudian ditambah menjadi 36 rakaat di Medina; kerana orang Medina melihat tawaf orang Mekah setiap dua terawih, maka mereka menambah rakaat tersebut.
Dasar terawih seperti dalam hadis ini:
عن عائشة رضي الله عنها قالت: ثم كان رسول الله ﷺ يصلي أربع ركعات في الليل، ثم يتروح، فأطال حتى رحمته، فقلت: بأبي أنت وأمي يا رسول الله، قد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر، قال: أفلا أكون عبداً شكوراً.
(البيهقي)
Dr. Ahmad Irdha Mokhtar