Bolehkah Mengkhususkan Bacaan Yasin di Malam Jum'at?
Hukum mengkhususkan suatu amalan pada waktu, tempat atau kaifiat tertentu adalah dibenarkan selagi mempunyai dasar di dalam agama. Maka oleh itu kita dapat lihat beberapa para sahabat ada yang mengkhususkan suatu amalan baik di waktu baginda Nabi masih hidup ataupun sesudahnya. Contohnya :
1. Hadith Bukhari & Muslim tentang Sayyidina Bilal RadhiyaLLahu Anhu yang mengamalkan solat sebanyak-banyaknya setelah berwuduk. Kerana baginda mendengar bunyi kedua selipar bilal di dalam syurga. Berikut teks matan hadith :
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن نبي الله صلى الله عليه وآله وسلم قال لبلال عند صلاة الفجر : و يا بلال حدثني بأرجى عمل عملته في الإسلام فإني سمعت دف نعليك في الجنة، قال : ما عملت عملاً أرجى عندي أني لم أتطهر طهوراً في ساعة من ليل أو نهار إلا صليت بذلك الطهور ما كتب لي.
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkomentar :
«يستفاد منه جواز الاجتهاد في توقيت العبادة لأن بلالاً توصل إلى ما ذكره بالاستنباط فصوبه الرسول .»
"Diambil faedah dari hadith ini akan kebolehan berijtihad dalam menentukan waktu beribadah. Kerana Sayyidina bilal telah sampai kepada apa yg disebutkan dengan cara istimbath hukum. Maka RasuluLLah membenarkannya."
( Fath Al-Bari :8/312)
2. Hadith tentang sahabat yang membaca pujian yang tak diajarkan baginda Nabi semasa i'tidal iaitu :
ربنا ولك الحمد حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه
Setelah ditanya siapa yg membacanya, baginda mengkhabarkan bahawa beliau telah melihat sebanyak 30 lebih para malaikat yang berlumba-lumba mencatat pahala bagi bacaan tersebut. Hadith ini diriwayatkan dalam kitab Shahihain. Teks matan :
عن رفاعة بن رافع قال : كنا نصلي وراء النبي ﷺ فلما رفع رأسه من الركعة قال سمع الله لمن حمده، قال رجل وراءه : ربنا ولك الحمد حمداً كثيراً طيباً مباركاً فيه، فلما انصرف قال : من المتكلم ؟ قال : أنا ، قال : رأيت بضعة وثلاثين ملكا يبتدرونها أيهم يكتبها .
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkomentar :
«يُستدل به على جواز إحداث ذكر في الصلاة غير مأثور إذا كان غير مخالف للمأثور وعلى جواز رفع الصوت بالذكر ما لم يشوش »
"Dijadikan dalil dengan hadith ini atas kebolehan mengadakan zikir dalam solat yang tidak ma'thur (dari Nabi) jika zikir tersebut tidak bertentangan dengan ma'thur. Dan boleh meninggikan suara dengan zikir selagi ia tidak mengganggu (jemaah solat yg lain)."
( Fath Al-Bari:1/215)
3. Hadith Bukhari tentang seorang sahabat Anshor yang gemar membaca surah Al-Ikhlas ketika mengimami solat di masjid Quba'. Setiap kali membaca surah, beliau akan memulakan dengan surah Al-Ikhlas dan disambung dengan surah yg lain. Apabila perkara ini diadukan kepada RasuluLLah Shallallahu Alaihi Wasallam, dan setelah ditanya baginda, beliau menjawab kerana sangat mencintai surah itu. Lalu baginda memberitahunya bahawa cintanya terhadap surah itu (Al-Ikhlas) akan memasukkannya ke dalam syurga. Teks matan :
عن أنس رضي الله عنه قال : كان رجل من الأنصار يؤمهم في مسجد قباء كلما : اقرأ افتتح سورة يقرأ بـ ا بها اللهم في الصلاة مما يقرأ بـ به افتتح بـ قل هو الله أحد حتى يفرغ منها ثم يقرأ سورة أخرى معها ، وكان يصنع ذلك في كل ركعة فكلمه أصحابه، فقالوا : إنك تفتتح بهذه السورة ثم لا ترى أنها تجزئك حتى تقرأ بأخرى، فإما أن تقرأ بها وإما أن تدعها وتقرأ بأخرى، فقال : ما أنا بتاركها، إن أحببتم أن أومكم فعلت وإن كرهتم تركتكم ، وكانوا يرون أنه من أفضلهم وكرهوا أن يؤمهم غيره، فلما أتاهم النبي ﷺ أخبروه الخبر فقال : يا فلان ما يمنعك أن تفعل ما يأمرك به أصحابك وما يحملك على لزوم هذه السورة في كل ركعة ؟ قال : إني أحبها، فقال النبي : «حبك إياها أدخلك الجنة».
Imam Nashiruddin Al-Munir berkomentar :
«إن المقاصد تغير أحكام الفعل لأن الرجل لو قال إن الحامل له على إعادتها أنه لم يحفظ غيرها مثلاً لأمكن أن يأمره بحفظ غيرها لكنه اعتل بحبها فظهر صحة قصده فصوبه ، قال : وفيه دليل على جواز تخصيص بعض القرآن بميل النفس إليه والاستكثار منه ولا يُعد ذلك هجراناً لغيره»
"Sesungguhnya maksudnya ialah merubah hukum perbuatan. Kerana lelaki Anshor itu misalnya jika beliau mengatakan perkara yg mendorongnya untuk mengulang bacaan Al-Ikhlas kerana dia tidak menghafal surah selainnya, maka mungkin baginda Nabi akan menyuruhya menghafal surah selain Al-Ikhlas.
Akan tetapi ia memberi sebab kerana mencintainya maka menjadi jelas kebenaran maksudnya lalu baginda Nabi membenarkannya. Di dalam hadith ini terdapat dalil atas kebolehan mengkhususkan sebahagian Al-Quran yg cenderung jiwa kepadanya dan memperbanyakkan bacaannya. Yg demikian itu tidak dianggap sebagai mendiamkan diri terhadap org lain."
(Nail Al-Authar : 2/264)
Para sahabat juga ada yg mengkhususkan suatu amalan setelah kewafatan Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam. Ini sekaligus menafikan Wahabi Salafi yg berpendapat amalan khusus yg dilakukan ketika Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam masih hidup mendapat iqrar dari Nabi. Walhasil para sahabat terus menerus melakukan amalan baik yang tidak ma'thur dari Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam kerana berdasarkan dalil umum dan istimbath sunnah.
4. Dalam Mushannaf Ibnu Abi Syaibah diriwayatkan bahawa Sayyidina Ibnu Abbas RadhiyaLLahu Anhuma merupakan orang yang pertama melakukan doa ta'rif ditempat selain padang arafah. Teks matan :
5186 ( 110 ) حدثنا هشيم عن يونس عن الحسن قال : أول من عرف بالبصرة ابن عباس. (مصنف ابن أبي شيبة)
Hal ini juga dikomentari oleh Imam Ibnu Qudamah :
فَصْلٌ: قَالَ الْقَاضِي: وَلَا بَأْسَ بِالتَّعْرِيفِ عَشِيَّةَ عَرَفَةَ بِالْأَمْصَارِ. وَقَالَ الْأَثْرَمُ: سَأَلْت أَبَا عَبْدِ اللَّهِ عَنْ التَّعْرِيفِ فِي الْأَمْصَارِ، يَجْتَمِعُونَ فِي الْمَسَاجِدِ يَوْمَ عَرَفَةَ، قَالَ: أَرْجُو أَنْ لَا يَكُونَ بِهِ بَأْسٌ، قَدْ فَعَلَهُ غَيْرُ وَاحِدٍ. وَرَوَى الْأَثْرَمُ، عَنْ الْحَسَنِ، قَالَ: أَوَّلُ مَنْ عَرَّفَ بِالْبَصْرَةِ ابْنُ عَبَّاسٍ، - رَحِمَهُ اللَّهُ -. وَقَالَ أَحْمَدُ: أَوَّلُ مَنْ فَعَلَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ وَعَمْرُو بْنُ حُرَيْثٍ.
Boleh berdoa hari Arafah di petang hari Arafah di kota-kota. Atsram bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang hal itu, berkumpul di masjid-masjid di hari Arafah ia menjawab: "Kuharap tidak apa-apa. Sungguh telah dilakukan lebih seorang" Atsram meriwayatkan dari Hasan bahwa yang pertama kali melakukan di Bashrah adalah Sahabat Ibnu Abbas.
(Ibnu Qudamah, Al-Mughni 2/259)
Amalan berdoa di hari Arafah dengan berkumpul-kumpul di masjid jelas menunjukkan bahawa ia suatu perkara baru yg tidak dilaksanakan di zaman Nabi, akan tetapi telah dimulakan oleh sahabat Ibnu Abbas RadhiyaLLahu Anhuma.
5. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Zuhdnya dari Abu Hurairah RadhiyaLLahu Anhu bahawa beliau setiap hari beristighfar sebanyak 12,000 kali menurut kadar dosanya. Teks matan :
«إني لاستنفر الله عز وجل وأتوب إليه كل يوم اثني عشر ألف مرة وذلك على قدر ذنبي .
(Al-Mathalib Al-Aliyyah : 4/94. Al-Hafiz Az-Zahabi juga meriwayatkan atsar ini dalam biografi Abu Hurairah di dalam kitab Tazkirah Al-Huffaz)
Telah masyhur dari Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bahawa baginda setiap hari beristighfar sebanyak 70 kali. Dalam riwayat lain 100 kali. Akan tetapi Abu Hurairah RadhiyaLLahu Anhu telah memperbanyakkan istighfar sebanyak 12,000 kali menunjukkan bahawa memperbanyakkan zikrullah itu adalah dituntut dalam islam sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا •
"Wahai orang-orang beriman ingatlah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan sebanyak-banyaknya." (Al-Ahzab : 41)
6. Imam Abu Ya'la meriwayatkan bahawa sahabat Abdurrahman Bin Auf apabila beliau masuk ke dalam rumahnya maka beliau akan membaca di setiap penjuru rumah Ayatul-Kursi.
(Majma' Az-Zawaid : 10/128. Imam Al-Haithami berkata : "Perawi hadith ini semuanya adalah Tsiqah")
7. Di dalam Mushannaf Abd Ar-Razzaq diceritakan bahawa sahabat Abu Qilabah menulis ayat suci Al-Quran kemudian beliau membasuh tulisan itu dengan air dan memberi minum orang yang sakit gila. (Mushannaf Abd Ar-Razzaq : 11/152. Hadith ini shahih diriwayatkan oleh para aimmah hadith.)
8. Imam Thabarani telah meriwayatkan dari sahabat Anas Bin Malik bahawa setiap kali beliau selesai mengkhatamkan Al-Quran maka beliau akan mengumpulkan isteri-isterinya dan anak-anaknya dan berdoa bersama mereka. (Majma' Az-Zawaid. Imam Al-Haithami berkomentar perawi hadith semuanya adalah tsiqah)
Dan banyak lagi hadith- hadith yang boleh kita temui jika kita rajin membaca kitab hadith tentang amaliah khusus para sahabat yg tidak dilakukan di zaman Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam. Ini kerana mereka memahami kaedah yang sangat penting iaitu boleh mengkhususkan sebahagian hari dengan sebahagian amalan soleh dan berterusan ke atasnya. Ini bertepatan dengan pendapat Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani ketika mengomentari hadith kebiasaan baginda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam mendatangi masjid Quba' setiap hari Sabtu. Matan teks hadith :
وقد روى الشيخان عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أنه قال: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءَ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبًا».
Maka Ibnu Hajar Al-Asqalani berkomentar:
قال الحافظ ابن حجر في "فتح الباري" (3/ 69، ط. دار المعرفة): «وفي هذا الحديث على اختلاف طرقه دلالة على جواز تخصيص بعض الأيام ببعض الأعمال الصالحة والمداومة على ذلك»
"Di dalam hadith ini menunjukkan dalil atas bolehnya mengkhususkan sebahagian hari dengan sebahagian amalan soleh dan berterusan ke atasnya"
(Fath Al-Bari: 3/69)
Oleh itu, hukumnya BOLEH mengkhususkan bacaan surah Yasin di malam Jumaat dan berterusan atas amalan tersebut sebagaimana dalil-dalil dan hujjah para ulama di atas. Apalagi terdapat anjuran hadith mengenai kelebihan membaca surah Yasin di malam hari khususnya di malam Jumaat. Adapun hadithnya seperti berikut :
1. «من قرأ (يس) في ليلة ابتغاء وجه الله غفر له»
"Barangsiapa membaca surah Yasiin pada waktu malam semata-mata mencari keredhaan Allah maka akan diampuni dosa-dosanya."
(Hadith riwayat Ibnu Hibban di dalam kitab Shahih Ibnu Hibban. Hadith perawi hadith ini juga adalah tsiqah sebagaimana komentar Imam Zahabi mengenai perawinya Syuja' Bin Al-Walid As-Sukuni)
2. «من قرأ يس والصافات يوم الجمعة ثم سأل الله أعطاه سؤله»
"Barangsiapa yang membaca surah Yasiin dan As-Shoffat pada hari Jumaat kemudian meminta kepada Allah maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikan kepadanya permintaannya."
(Hadith riwayat Ibn Abi Ad-Dunya dan Ibn Najjar ؛ Kanzu Al-Ummal : 1/592. Hadith dhoif di di dalam sanadnya terdapat perawi yg 'wahin')
Dalam hadith ini terdapat anjuran bacaan surah Yasiin dan surah As-Shoffat di malam jumaat kendati sanadnya dhaif
3. «اقرؤوها على موتاكم»
"Bacakanlah (surah Yasiin) ke atas orang-orang yg mati dari kalangan kalian"
Imam Ibnu Katsir berkomentar :
قال بعض العلماء: من خصائص هذه السورة أنها لا تقرأ عند أمر عسير إلا يسّره الله تعالى، وكأنّ قراءتها عند الميت لتنزل الرحمة والبركة، وليسهل عليه خروج الروح".
"Sebahagian ulama berkata: “Diantara keistimewaan surah ni (surah Yasin), sesungguhnya tidaklah surah Yasin dibacakan pada suatu perkara sulit, melainkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memudahkannya. Seakan-akan dibacakannya surah Yasin di sisi mayat agar turun rahmat dan berkah dan memudahkan baginya keluarnya roh”
(Tafsir Al-Quran Al-Azhim : 6/561)
Pembacaan surah Yasin juga boleh dikaitkan dengan penghadiahan pahala kepada orang-orang yg telah wafat. Kerana menjadi kebiasaan masyarakat melayu menyertakan bacaan tahlil dan doa untuk para arwah dari kalangan kekuarga mereka.
KESIMPULAN
Amalan tradisi pembacaan surah Yasiin di malam Jumaat merupakan suatu amalan yang baik dan mendapatkan ganjaran pahala di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kerana di dalam majlis ini terdapat kelebihan bertadarrus Al-Quran bersama-sama jemaah masjid dan surau sebagaimana yg dinyatakan dalam hadith fadhilah Al-Quran. Apalagi terdapat beberapa hadith menceritakan tentang kelebihan membaca surah Yasiin di waktu malam termasuk malam Jumaat iaitu mendapatkan keampunan dan ditunaikan segala permintaannya.
Dan mengkhususkan amalan bacaan Yasiin di malam Jumaat adalah boleh berdasarkan amaliyah sahabat dan pendapat para ulama seperti di atas. Adapun pembacaan surah Al-Kahfi di malam hari merupakan sunnah yang tidak sepatutnya ditinggalkan. Jika di malam hari kita tak sempat membaca Al-Kahfi, maka boleh juga membacanya di siang hari berdasarkan nash pendapat Imam Syafie RahimahuLLah. Semoga tulisan kali ini bermanfaat buat kita semua.
Sumber :
-As-Sunnah Wa Al-Bid'ah : Abdullah Mahfuz Muhammad Al-Haddad
-Fath Al-Bari Syarh Shahih Al-Bukhari
-Fadhail Surah Yasiin fi Mizan An-Naqdi
Dan lain-lain
Disediakan oleh :
Ustaz Mohamad Arafat At-Tambary