Mereka itu adalah Wahabi
𝗔𝘆𝗮𝘁 [𝟴] 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗙āṭ𝗶𝗿 (𝟯𝟱)
𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗘𝗟𝗢𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗥𝗨𝗞𝗡𝗬𝗔 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 (𝗜𝗕𝗟𝗜𝗦):
ANTARA MEREKA ADALAH 𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝-𝗪𝗔𝗛𝗛𝗔𝗕𝗜
<<<<< >>>>>
Firman Allah Taala (8/35):
أَفَمَنْ زُیِّنَ لَهُۥ سُوءُ عَمَلِهِۦ فَرَءَاهُ حَسَنًا ...
“Maka [fikirkanlah] adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya [oleh Syaitan] lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik ...”
[1]
𝗧𝗮𝗳𝘀𝗶𝗿 𝗔𝗹-𝗝𝗮𝗹ā𝗹𝗮𝘆𝗻 menyebut bahawa ayat ini:
ونَزَلَ فِي أبِي جَهْل وغَيْره
“turun berkenaan Abu Jahal dan selainnya [daripada kalangan musyrikin seumpamanya].”
[2] [Rujuk gambar]
𝗔𝗹-𝗜𝗺ā𝗺 𝗮𝗹-ʿ𝗔𝗹𝗹ā𝗺𝗮𝗵 𝗮𝗹-Ṣā𝘄ī 𝗮𝗹-𝗠ā𝗹𝗶𝗸ī menyebut di dalam kitab tafsirnya “Ḥā𝘀𝗵𝗶𝘆𝗮𝘁 𝗮𝗹-Ṣā𝘄ī ʿ𝗮𝗹ā 𝗧𝗮𝗳𝘀ī𝗿 𝗮𝗹-𝗝𝗮𝗹ā𝗹𝗮𝘆𝗻”, Jil. 5, hlm. 78, cetakan Dār Iḥyāʾ al-Turāth al-ʿArabī:
وقيل: هذه الآية نزلت في الخوارج الذين يحرفون تأويل الكتاب والسنة، ويستحلون بذلك دماء المسلمين وأموالهم كما هو مشاهد الآن في نظائرهم وهم فرقة بأرض الحجاز يقال لهم الوهابية
“Dan dikatakan (qīl) bahawa: ayat ini diturunkan kepada 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗵𝗮𝘄ā𝗿𝗶𝗷 yang mengubah tafsiran Al-Quran dan Al-Sunnah serta menghalalkan dengan [tafsiran] tersebut darah (nyawa) dan harta umat Islam, sepertimana yang disaksikan pada waktu ini di kalangan golongan yang serupa dengan mereka (𝗞𝗵𝗮𝘄ā𝗿𝗶𝗷):
dan 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗳𝗶𝗿𝗾𝗮𝗵 (𝗸𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗯𝗶𝗱'𝗮𝗵) 𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗺𝗶 𝗛𝗶𝗷ā𝘇 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹 “𝗪𝗔𝗛𝗛𝗔𝗕𝗜𝗬𝗬𝗔𝗛.”
يحسبون أنهم على شيء، ألا إنهم هم الكاذبون، استحوذ عليهم الشيطان، فأنساهم ذكر الله، أولئك حزب الشيطان، ألا إن حزب الشيطان هم الخاسرون، نسأل الله الكريم أن يقطع دابرهم.
“Mereka menganggap hanya diri mereka berada di atas kebenaran; maka ketahuilah bahawa mereka adalah golongan pendusta/ penipu.
Syaitan telah menguasai mereka dan melupakan mereka daripada zikrullah; mereka adalah kelompok syaitan (ḥizb al-shayṭān); dan ketahuilah bahawa kelompok syaitan adalah mereka yang rugi.
Kita berdoa kepada Allah Yang Maha Mulia agar Dia memutuskan keturunan mereka (orang-orang yang mengikut mereka sehingga akhirnya).”
[3] [Nota Tambahan]
Al-Imām Al-Baghawī menukilkan di dalam Tafsirnya bahawa:
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: نَزَلَتْ فِي أَبِي جَهْلٍ وَمُشْرِكِي مَكَّةَ.
وَقَالَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ: نَزَلَتْ فِي أَصْحَابِ الْأَهْوَاءِ وَالْبِدَعِ.
وَقَالَ قَتَادَةُ: مِنْهُمْ الْخَوَارِجُ الَّذِينَ يَسْتَحِلُّونَ دِمَاءَ الْمُسْلِمِينَ وَأَمْوَالَهُمْ، فَأَمَّا أَهْلُ الْكَبَائِرِ فَلَيْسُوا مِنْهُمْ، لِأَنَّهُمْ لَا يَسْتَحِلُّونَ الْكَبَائِرَ.
[3.1]
Ibnu Abbas RA berkata: Ayat ini diturunkan berkenaan Abu Jahal dan orang-orang musyrikin Mekah.
[3.2]
Saʿīd bin Jubayr berkata: Ayat ini diturunkan berkenaan 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗻𝗮𝗳𝘀𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗮𝗵 (𝗸𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷, Mujassimah, Syiah, Muktazilah, Batiniyyah dan seumpama mereka).
[3.3]
Dan Qatadah berkata:
Daripada kalangan mereka ialah golongan 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 yang menghalalkan darah dan harta orang Islam.
Adapun pelaku dosa-dosa besar, maka mereka tidak termasuk dalam golongan tersebut, kerana mereka tidak menghalalkan dosa-dosa besar itu.
SMART AL-QURAN oleh PENUNTUT ILMU